Datuk Fazley Yaakub namun beliau berjaya tampil lebih langsing berbanding sebelumnya.
Dalam
sibuk membuat persediaan untuk kemunculan semula, Fazley yang mengalami
berat badan berlebihan berjaya mengurangkan berat badannya daripada 90
kilogram (kg) kepada 72kg.
Jelas Fazley, amalan diet protein selama sebulan berjaya menurunkan
berat badannya sebanyak 18kg tanpa penggunaan sebarang produk kesihatan.
"Saya
tidak mengamalkan sebarang senaman dan sekadar mengawal pengambilan
makanan. Saya hanya mengambil hidangan berasaskan protein dan sayuran
rendah kalori pada setiap hari.
"Untuk hidangan tengah hari, saya
ambil sepotong daging ayam sebesar tapak tangan bersama sayur, petang
pula makan buah-buahan seperti epal dan strawberi serta untuk makan
malam pula sepotong daging atau ikan bersama sayuran.
"Elakkan
makan bergula kerana ia akan menjadi perkara yang paling mengganggu
diet. Dalam tempoh itu juga saya tidak mengambil nasi langsung," ujarnya
yang mula berdiet sebelum menyertai rancangan MasterChef Selebriti
Malaysia pada Jun 2012.
No comments:
Post a Comment