Usamah bin Syarik katanya; 'Seorang Arab Badawi bertanya Rasulullah s.a.w. (apabila beliau dihinggapi penyakit),
wahai Rasulullah s.a.w. adakah perlu kami berubat, kata Rasulullah, 'Ya', ;Wahai hamba Allah hendaklah kamu berubat; maka sesungguhnya Allah tidak menjadikan sesuatu penyakit melainkan ada penawarnya'Hadis Riwayat At-Tirmizi (H. Hassan, Sahih)

Wednesday, 27 November 2013

Sunnah Rasulullah Dari Sudut Makanan

Sunnah Rasulullah Dari Sudut Makanan


Adalah Nabi kita Muhammad SAW itu tidak memilih sangat makanan asalkan yg halal, makanan yg beliau minati adalah Dlafaf iaitu makanan asasi di negerinya seperti nasi di negara kita.
  Dan Nabi tidak makan makanan yg PANAS. beliau bersabda : "makanan yg masih panas itu kurang berkat. Sesungguhnya Allah SWT tiada menganugerahkan api sebagai makanan kita, maka sejukkanlah makanan itu sebelum dimakan."
  Adalah Nabi SAW suka juga makan roti, buah-buahan. Dan buah-buahan yg paling beliau gemari adalah buah semangka dan buah anggur. Biasanya Nabi makan buah semangka itu dengan roti dan gula, kadang2 Nabi SAW makan semangka (Tembikai) dengan Ruthab (Tamar).
  Dan makanan yg paling Nabi gemari adalah daging, dan beliau bersabda yg bermaksud : "Bahawa daging itu menambahkan pendengaran dan daging juga penghulu makanan di dunia dan akhirat, dan juga sekiranya aku minta kepada Tuhanku bahawa ia memberikannya kepadaku pada tiap-tiap hari, nescaya dianugerahinya". 
  Kadang2 Nabi SAW  makan roti berkuah dgn daging dan buah labu. Beliau suka kpd buah labu dan mengatakan : "Bahawa labu itu pohon saudaraku Yunus AS".
  Aishah RA berkata : Rasulullah SAW bersabda yg bermaksud "Hai Aishah apabila kau masak gulai, maka perbanyakkan dalamnya buah labu krn labu itu menguatkan hati yg duka".
  Adalah Nabi SAW memakan daging burung yg ditangkap oleh org lain, dan beliau tidak menagkap burung itu dan tidak memburu burung itu sendiri, beliau suka org lain menagkap dan membawa kepadanya.

Kelebihan Sunnah Nabi Hisap Jari Selepas Makan

sumber daripada : http://suarataqwa.wordpress.com

Kelebihan Sunnah Nabi Hisap Jari Selepas Makan

Saya ada seorang kawan yang telah berhenti kerja sebab kena penyakit angin ahmar. Sebagai pilihan saya mencadangkan untuk berniaga di pasar malam. Petang itu saya keluar bersamanya untuk membantu dia berniaga di pasar malam.
Dia boleh memandu kereta walaupun doktor tidak menggalakkannya memandu sendiri. Selepas kami berjumpa di suatu tempat yang dijanjikan, saya pula memandu keretanya sementara dia di sebelah. Kami ambil peluang itu untuk berbual-bual tentang agama.
Perbualan kami telah masuk ke bab penyakit yang berkaitan angin. Lalu kawan saya menceritakan tentang bahaya angin yang masuk ke dalam jantung. Agak pelik saya mendengarnya kerana selama ini saya hanya dengar tentang angin di dalam badan khususnya di dalam perut.
Ada seorang, cerita kawan saya, telah meninggal kerana serangan jantung. Apabila doktor memeriksa didapati serangan jantung tersebut disebabkan angin yang masuk ke dalam jantung pesakit itu. Kes seperti ini memang jarang berlaku dan sukar dicegah.
Walaupun pihak doktor tahu bahaya angin masuk ke dalam jantung tetapi kata kawan saya tiada perubatan moden yang boleh mencegah atau merawat angin yang sudah masuk ke dalam jantung. Lalu doktor tadi bertanya dengan seorang ustaz yang tahu juga tentang perubatan, bagaimana untuk membuang angin yang masuk ke dalam badan, khususnya di dalam jantung?
Ustaz tersebut memberitahu setakat ini hanya ada satu cara iaitu dengan menghisap jari selepas makan. Amalan menghisap jari selepas makan boleh menyedut keluar angin (yang berlebihan atau memudaratkan) yang berada di dalam badan.
Kawan saya menyambung ceritanya mengatakan menghisap jari selepas makan adalah amalan Sunnah Nabi kita s.a.w. Cara bagaimana Nabi s.a.w menghisap jari ada bermacam-macam pendapat.
Tetapi yang penting saya mendapat kesedaran bahawa setiap Sunnah Nabi s.a.w pasti membawa kebaikan bukan sahaja mendapat ganjaran pahala malah untuk kesihatan dan kesejahteraan hidup kita.
Betapa besar kelebihan Sunnah Nabi sehingga penyakit yang tidak dapat dirawat dengan perubatan moden boleh disembuhkan hanya dengan amalan sunnah Nabi s.a.w.
Semoga Allah s.w.t memberikan Taufik dan Hidayah-Nya agar kita sentiasa dapat mengamalkan sunnah baginda Nabi s.a.w yang mulia ini.

Saturday, 23 November 2013

Mitos vs Fakta Tentang Daging Kambing

Mitos vs Fakta Tentang Daging Kambing

sumber : http://iryaniahmad.blogspot.com/

Para doktor menyarankan kita supaya mengelakkan daripada memakan daging kambing, kerana daging kambing boleh menyebabkan panas badan. Ada juga doktor yang mengatakan kandungan lemak dan kolesterol pada daging kambing tinggi serta seringkali daging kambing dituding sebagai penyebab darah tinggi dan sakit jantung.

Sebenarnya, daging kambing adalah makanan kegemaran Rasulullah SAW. Setiap sunnah nabi mesti ada kelebihannya. Oleh sebab orang barat (Yahudi) tidak mahu kita ikut sunnah nabi, pelbagai kenyataan mereka keluarkan. Tetapi hakikat sebenarnya banyak manfaat, khasiat dan kesan daripada kambing sama ada memakan dagingnya atau digembala sehingga ia digelar terapi kambing.

Daging kambing adalah daging yang paling baik

Kajian dari Persatuan Jantung Amerika menyatakan, daging kambing baik untuk mereka yang mempunyai masalah berkaitan jantung. Ini disebabkan daging tersebut tinggi kualiti proteinnya dengan nisbah kandungan lemak yang sihat. Struktur molekul daging kambing yang berbeza menjadikan daging kambing lebih mudah dihadam. Ia juga amat sesuai untuk mereka yang menjaga kesihatan. Bukan setakat itu sahaja, malah jika dibandingkan, daging kambing mengandungi zat besi dan kandungan potasium yang rendah kandungan mineralnya. Dagingnya lebih pejal dan lebih rendah kalori daripada daging lembu dan ayam tanpa kulit. Kesemua asid amino yang diperlukan ada di dalam daging kambing.

Pengurai Kolestrol Tepu

Daging kambing yang rendah kandungan protinnya menjadikan ia terkecuali daripada membentuk sebarang ikatan kolestrol akibat amalan pemakanan yang tidak sihat.

Ikatan kolestrol tepu boleh dielakkan sekiranya Omega 3 terdapat di dalam darah, tetapi Omega 3 tidak mampu mengurai kolestrol yang telah terbentuk. Hanya ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol lembut) sahaja yang boleh menguraikan ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol kasar). Oleh itu, kolestrol yang terbentuk dalam badan tidak boleh diurai dengan sebarang bahan melainkan dengan kolestrol kambing sahaja.


Vitamin C dan chitosan yang digunakan untuk menyelaputi protein boleh mengakibatkan pembentukan kolestrol yang lebih bahaya sekiranya ia diserap oleh darah. Sekiranya kandungan kolestrol tepu jenis ini banyak terdapat didalam darah, ia boleh mengakibatkan masalah jantung.

Sodium yang digunakan untuk mengawet daging serta untuk menyedapkan rasa daging akan membentuk kolestrol tepu yang halus. Biasanya kaedah ini digunakan untuk membuat daging burger. Selain itu memakan makanan yang tinggi protein yang dicampurkan dengan perasa makanan seperti MonoSodium Glutamat (MSG) juga akan membentuk kolestrol tepu yang sangat halus. Ia boleh dipam naik ke bahagian otak dan sekiranya tersekat, ia boleh menyebabkan strok .

Pencegah Penyakit Darah Tinggi Dan Obesiti

Kolestrol kambing boleh menguraikan kolestrol dalam darah yang menjadi punca kepada penyakit darah tinggi. Kolestrol kambing yang menguraikan darah yang tercemar dengan kolestrol tepu akan menyebabkan isipadu darah meningkat. Pesakit darah tinggi yang mengambil daging kambing akan mengalami gejala penguraian akibat peningkatan isipadu darah seperti pening.

Walaupun daging kambing bertindak sebagai pengurai protein yang terbaik, tetapi pesakit darah tinggi yang tidak tahan dengan kesan pembongkaran penguraian ini dinasihatkan agar tidak mengambil daging kambing sebagai terapi. Tetapi bagi mereka yang tidak mengalami masalah tekanan darah tinggi dinasihatkan agar mengamalkan pemakanan daging kambing untuk mengelakkan penyakit darah tinggi.

Lemak di bawah permukaan kulit terbentuk akibat kolestrol yang gagal dicerna oleh hati. Ia akan menyebabkan masalah obesiti (kegemukan) jika terdapat dalam jumlah yang banyak. Pesakit obesiti yang mengambil daging kambing akan mengalami masalah tekanan darah yang tidak stabil dan turut mengalami pening kepala akibat kesan pembongkaran kolestrol tepu oleh kolestrol kambing. Selain itu, daging kambing akan membakar lemak yang berlebihan dalam badan. Kesan pembakaran lemak akan mengakibatkan gejala pembongkaran seperti panas badan, berpeluh dan telinga berdengung.

Mencantikkan Kulit

Vitamin C semulajadi yang tidak teroksida juga terdapat dalam daging kambing. Vitamin C tidak teroksida amat penting untuk pembinaan dan ketahanan sel kulit. Vitamin C yang tidak teroksida akan menyeimbangkan dan mengurangkan bebanan fungsi hempedu serta mencantikkan kulit.

Pengambilan protein yang secara berlebihan akan menyebabkan ia tersimpan di bahagian bawah kulit akan mudah teroksida dan bertindak balas dengan sel kulit untuk membentuk tenaga. Proses ini akan mengakibatkan kulit kelihatan hangus dan gelap sekiranya berjemur di bawah sinaran matahari. Vitamin C daripada daging kambing akan memberi lebih ketahanan terhadap kulit daripada bertindak balas terhadap protein yang terkena cahaya matahari.

Mengamalkan memakan daging kambing adalah salah satu cara semula jadi untuk mendapatkan kulit yang lebih putih dan cantik.

Meningkatkan Rasa Kasih Sayang Dan Kegembiraan

Sistem darah (NW18) berkaitan dengan kawasan Thalamus (NW3). Thalamus berfungsi sebagai penjaga kasih sayang. Sistem darah yang sihat dan kuat akan memastikan bahagian Thalamus juga kuat dan membantu mewujudkan perasaan kasih sayang.

Jantung akan menjadi lebih lembut dan lancar pergerakannya apabila menerima kolestrol daging kambing. Jantung yang lembut akan mewujudkan perasaan yang gembira. Jantung yang lancar pergerakannya akan mudah tersentuh dan terpesona dengan sesuatu yang mengusik perasaannya. Oleh itu ia akan membahagiakan dan mewujudkan perasaan kecintaan (kasih sayang).

Mereka yang mengamalkan pemakanan daging kambing akan merasa tenang dan gembira serta mudah merasa getaran kasih sayang. Amalkanlah pemakanan daging kambing sekiranya menghadapi masalah sukar merasai nikmat kasih sayang dan getaran kecintaan.

Inilah tipu helah yahudi untuk menjatuhkan umat Islam khususnya.

Thursday, 21 November 2013

Sunnah Ketika Makan dan Minum

Sunnah Ketika Makan dan Minum

Ihsan daripada http://kotajanji.blogspot.com

Rasulullah SAW adalah contoh tauladan dalam setiap aspek kehidupan. Dalam hal kesihatan, ajaran-ajaran beliau sudah banyak dibuktikan oleh kajian-kajian moden akan kebenaran manfaatnya yang besar. Salah satu sunnah beliau adalah adab-adab makan yang boleh menyihatkan di samping, mendapat keberkatan. 



Diantara adab-adab makan yang Rasulullah SAW ajarkan adalah :
  
1. Makan dan minum sambil duduk.
Rasulullah SAW suatu ketika melarang seorang lelaki minum sambil berdiri. Berkata Qatadah : “Bagaimana dengan makan?” Rasul menjawab : “Itu lebih buruk lagi.” (HR. Muslim)
2. Makan dalam satu dulang yang sama secara berjemaah.
Sebenarnya cara ini akan meningkatkan rasa sayang terhadap sesama kita.
Kalau suami isteri boleh amalkan makan dalam satu dulang, insyaAllah kemesraan akan lebih dapat dirasai dan kita akan jadi lebih saling faham memahami dan saling bertolak ansur. Amalan makan satu dulang ini juga dapat mengelakkan sebarang pembaziran, bertepatan dengan ayat Al-Quran yang bermaksud: "... makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan..." (Surah al-A'raf, ayat 31)
"Berjama’ahlah dalam menyantap hidanganmu dan sebut nama Allah padanya, nescaya akan terkandung keberkatan bagimu" (Silsilah Hadits-hadits Shahih no. 664).
3. Tidak mencela makanan yang tidak disukai dan sunat memuji makanan.
Penelitian Dr. Masaru Emoto dari Jepun dalam bukunya ’The True Power of Water' menemukan bahawa unsur air ternyata hidup. Air mampu bertindakbalas daripada manusia berupa lisan mahupun tulisan. Ketika diucapkan kalimat yang baik atau dituliskan dengan kalimat yang baik, maka air tersebut akan membentuk struktur kristal yang indah dan mampu memiliki keupayaan untuk pelbagai penyakit. Sebaliknya, jika diucapkan mahupun dituliskankan perkataan buruk, celaan atau perkataan negatif lainnya, maka air tersebut akan membentuk struktur kristal yang buruk dan mampu memberikan impak yang negatif terhadap kesihatan.
Abu Hurairah ra. berkata : “Rasulullah SAW tidak pernah sedikit pun mencela makanan. Bila beliau berselera, beliau memakannya. Dan jika beliau tidak menyukainya, maka beliau meninggalkannya.” (HR. Bukhari Muslim)

Dari Jabir ra. bahwa Rasulullah SAW pernah berkata kepada keluarganya (isterinya) tentang lauk pauk. Mereka menjawab : “Kami hanya punya cuka”. Lalu beliau memintanya dan makan dengannya, sambil bersabda : “Sebaik-baik lauk pauk ialah cuka (al-khall), sebaik-baik lauk pauk adalah (yang mengandungi) cuka.” (HR. Muslim)
4. Mencuci tangan sebelum dan sesudah makan.
Rasulullah SAW bersabda : “Barang siapa yang tertidur sedang di kedua tangannya terdapat bekas gajih/lemak (karana tidak dicuci) dan ketika bangun pagi ia menderita suatu penyakit, maka hendaklah dia tidak menyalahkan kecuali dirinya sendiri.”
5. Membaca Bismillah dan Doa Makan.


 اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْمَا رَزَقْتَنَا وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Maksudnya : Ya Allah berkatilah kami pada apa yang telah Engkau rezekikan kepada kami dan jauhkanlah kami dari azab neraka.
Rasulullah SAW bersabda : “Jika seseorang di antara kamu hendak makan, maka sebutlah nama Allah SWT. Dan jika ia lupa menyebut nama-Nya pada awalnya, maka bacalah, ’Bismillahi awwalahu wa akhirahu’ (Dengan menyebut nama Allah SWT pada awalnya dan pada akhirnya).” (HR. Abu Dawud)
Dalam riwayat lain, disebutkan bahawa suatu ketika Rasulullah SAW tersenyum, beliau menjelaskan ketika seorang Muslim tidak membaca Basmalah sebelum makan, maka syaitan akan ikut makan dengannya. Namun, ketika Muslim tersebut teringat dan menyebut nama Allah SWT, maka syaitan pun bersegera memuntahkan makanan yang sudah dimakannya.
Rasulullah SAW juga bersabda : “Sesungguhnya Allah SWT meredhai seorang hamba yang ketika makan sesuatu makanan lalu dia mengucapkan Alhamdulillah. Dan apabila dia minum sesuatu minuman maka dia pun mengucapkan Alhamdulillah.” (HR. Muslim, Ahmad dan Tirmidzi)
6. Duduk ketika makan.
Beliau duduk di atas kedua lututnya dan belakang kakinya, atau beliau menegakkan kaki kanan dan duduk di atas kaki kiri, ini adalah cara duduk yang paling baik sebagaimana yang disebutkan oleh Ibn Hajar.

7. Makan menggunakan tangan kanan.

Kedua tangan manusia mengeluarkan tiga macam enzim, tetapi penemuan di tangan kanan lebih banyak daripada tangan kiri. Enzim tersebut sangat membantu dalam proses pencernaan makanan.
Abdullah bin Umar ra. berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda : “Jika salah seorang diantara-mu makan, maka hendaklah ia makan dengan tangan kanannya dan jika ia minum maka hendaklah minum dengan tangan kanannya. Sebab syaitan itu makan dan minum dengan tangan kirinya.” (HR. Muslim)
8. Makan dengan tiga jari.
Rasulullah SAW bersabda: “Adalah Rasulullah S.A.W. makan mengunakan tiga jari.”
( Diriwayatkan oleh Muslim)

9. Tidak bersandar ketika makan.
Rasulullah SAW jika makan, tidak makan dengan menggunakan alas duduk seperti bantal duduk sebagaimana orang-orang yang ingin makan banyak dengan menu makanan yang pelbagai. Rasulullah SAW menjadikan makannya sebagai ibadah semata-mata kerana Allah SWT. Kerananya beliau duduk tanpa alas dan mengambil makanan secukupnya.
Rasulullah SAW bersabda : “Aku tidak makan dengan posisi bersandar (muttaki-an).” (HR. Bukhari)
“Muttaki-an” ada yang menafsirkan duduk bersilang kaki dan ada pula yang menafsirkan bersandar kepada sesuatu, baik itu bersandar di atas salah satu tangan atau bersandar pada bantal. Ada pula yang menafsirkan bersandar pada sisi badan.

10. Memakan makanan yang berhampiran terlebih dahulu.
“Wahai budak! Hendaklah kamu membaca Bismilah, makan dengan tangan kanan-mu dan ambillah makanan yang berhampiran terlebih dahulu." ( Diriwayatkan oleh Muslim)
Umar bin Abi Salamah ra. bercerita : “Ketiaka aku remaja, aku pernah berada di kamar Rasulullah SAW dan kedua tanganku seringkali mengacak-acak piring-piring. Rasulullah SAW bersabda kepadaku, ’Nah, bacalah Bismillah, makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah dari makanan baik yang terdekat.” (HR. Bukhari)
11. Mengunyah makanan sebanyak 40 kali.
Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut senang memproses makanan itu.

Satu kajian yang dijalankan di Amerika (diterbitkan dalam The American Journal of Clinical Nutrition, 20 Julai 2011) mendapati bahawa jumlah kunyahan bagi setiap suapan yang baik untuk kesihatan ialah 40. Individu yang mengunyah sebanyak 40 kali bagi setiap suapan akan berjaya mengurangkan pengambilan makanan mereka sebanyak 12% berbanding individu yang mengunyah kurang daripada bilangan tersebut.

12. Makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang.

Dari Mikdam bin Ma’dikarib ra. menyatakan pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda : “Tiada memenuhi anak Adam suatu tempat yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah untuk anak Adam itu beberapa suap yang dapat menegakkan tulang punggungnya. Jika tidak ada cara lain, maka sepertiga (dari perutnya) untuk makanannya, sepertiga lagi untuk minuman dan sepertiganya lagi untuk bernafas.” (HR. Tirmidzi dan Hakim)
13. Menjilat tangan ketika makan tanpa sudu atau garpu.
Penemuan kesihatan moden menunjukkan bahawa ketika kita makan dengan jari dan menjilat jari untuk membersihkannya, maka jari tersebut mengeluarkan enzim yang sangat membantu bagi kelancaran pencernaan.
Dari Abu Hurairah ra. bahwa Rasulullah SAW bersabda : “Jika salah seorang diantaramu makan, maka hendaklah ia menjilati jari-jemarinya, sebab ia tidak mengetahui dari jemari mana munculnya keberkatan.” (HR. Muslim)
Dalam hadits riwayat Imam Muslim pula, Ka’ab bin Malik ra. memberikan kesaksian bahwa ia pernah melihat Rasulullah SAW makan dengan menggunakan tiga jarinya dan beliau menjilatnya apabila selesai makan.

14
. Mengambil suapan yang terjatuh, menyapunya dan memakannya semula.

Dari Anas bin Malik ra. berkata bahwa Rasulullah SAW sering makan dengan menjilati ketiga jarinya (Ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah), lalu bersabda : “Apabila ada makananmu yang terjatuh, maka buanglah kotorannya dan hendaklah ia memakannya serta tidak membiarkannya untuk syaitan.” Dan beliau juga memerintahkan kami untuk menjilat piring sambil bersabda : “Sesungguhnya kamu tidak mengetahui pada makanan yang mana adanya keberkatan itu.” (HR. Muslim)
Islam melarang tabiat suka membazir, termasuk dalam hal makanan. Seringkali kita menyaksikan orang yang mengambil makanan berlebihan sehingga tidak habis dimakan. Makanan yang membazir itu akhirnya dibiarkan untuk syaitan, padahal sesungguhnya pada makanan tersebut terdapat keberkatan. Oleh kerana itu, ketika mengambil makanan harus berdasarkan perhitungan bahawa makanan tersebut akan habis dimakan.

15. Memuji Allah dan Membaca Doa Selepas makan.
“Sesungguhnya  Allah meredhai seseorang hamba yang memakan makanan dan memujiNya kerana makanan itu.”(Diriwayatkan oleh Muslim) 
 Doa selepas makan:


الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَطْعَمَنِي هَذَا الطَّعَامَ وَرَزَقَنِيهِ مِنْ غَيْرِ حَوْلٍ مِنِّي وَلاَ قُوَّةٍ
Maksudnya : Segala puji bagi Allah yang memberiku makan makanan ini dan memberi rezeki daripadanya tanpa daya dan upaya dariku.

@

 اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِيْ أَطْعَمَنَا وَسَقَانَا وَجَعَلَنَا مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ
Maksudnya : Segala puji bagi Allah Yang telah memberi makanan dan minuman kepada kami, dan telah menjadikan kami tergolong dalam orang-orang Muslim.

16. Tidak bernafas ketika minum dan menjauhkan mulut dari tempat minum ketika bernafas.

Rasulullah SAW melarang bernafas ketika minum. Apabila minum sambil bernafas, tubuh kita mengeluarkan CO2(Karbondioksida), apabila bercampur dengan H2O(Air) dapat menjadiH2CO3(Cuka) sehingga menyebabkan minuman menjadi asid (Asam). Hal ini juga akan terjadi ketika meniup air panas. Makanan dan minuman panas sebaiknya tidak didinginkan dengan ditiup, tapi cukup dikipas.
Dari Abu Al-Mutsni Al-Jahni ra berkata, aku pernah berada di rumah Marwan bin Hakam, tiba-tiba datang kepadanya Abu Sa’id ra. Marwan berkata kepadanya : “Apakah engkau pernah mendengar Rasulullah SAW melarang bernafas di tempat minum?”. Abu Sa’id menjawab : “Ya. Ada seseorang pernah berkata kepada Rasulullah SAW, ”Aku tidak kenyang dengan air hanya satu kali nafas.” Lalu Rasulullah SAW bersabda, “Jauhkanlah tempat air (gelas) dari mulutmu, lalu bernafaslah!” Orang itu berkata lagi, “Sesungguhnya aku melihat ada kotoran pada tempat minum itu”. Lalu Rasulullah SAW bersabda, ”Kalau begitu, tumpahkanlah! (HR. Abu Dawud)

Dan juga dari Ibnu Abbas ra. berkata : “Rasulullah SAW telah melarang untuk menghirup udara di dalam gelas (ketika minum) dan meniup di dalamnya.” (HR. Tirmidzi)
17. Tidak berprasangka buruk jika makan bersama orang yang berpenyakit.
Dari Jabir ra. bahwa Rasulullah SAW pernah memegang tangan orang yang majdzum (kusta), beliau meletakkan tangannya pada piring makan seraya bersabda : “Makanlah, yakinlah kepada Allah SWT dan bertawakkallah.” (HR. Abu Dawud)
18. Tidak duduk pada meja yang dihidangkan makanan haram.
Dari Jabir ra. bahwa Rasulullah SAW pernah bersabda : “Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka hendaknya ia tidak duduk pada meja makan yang padanya diedarkan minuman khamr(memabukkan).” (HR. Imam Tirmidzi)
19. Mendoakan yang mengundang makan.
Dari Anas bin Malik ra. bahwa Rasulullah SAW pernah datang ke rumah Sa’ad bin Ubadah ra. yang menghidangkan roti dan mentega. Rasulullah SAW memakannya, lalu beliau bersabda : “Telah berbuka di sisimu orang-orang yang berpuasa. Hidanganmu telah dimakan oleh orang-orang soleh(baik) dan malaikat pun akan mendo’akan kebaikan untukmu.” (HR. Ahmad dan Abu Dawud)
20 . Menutup tempat makan dan minum.
Menutup tempat makan dan minum sangat bermanfaat untuk menghindarkan makanan dari pencemaran udara, kotoran atau zat-zat berbahaya yang dapat masuk ke dalam makanan atau minuman yang tidak ditutup. 
Dari Jabir ra. bahwa Rasulullah SAW pernah bersabda : “Tutuplah tempat makanan dan tempat minuman!” (HR. Bukhari Muslim)
Diet Nabi SAW yang Sahih ialah beliau memakan makanan yang halal dengan jumlah yang tidak banyak
Nabi SAW bersabda:
الْمُؤْمِنُ يَأْكُلُ فِي مِعًى وَاحِدٍ وَالْكَافِرُ يَأْكُلُ فِي سَبْعَةِ أَمْعَاءٍ
" Seorang mu'min itu makan dengan satu perut, sedangkan orang kafir makan dengan tujuh perut "
[HR al-Bukhari, no. 5392]. 
Tapi kalau kita makan ikut sunnah Nabi S.A.W., seperti di atas, insyaallah kita akan dapat:
1. PAHALA
2. KEBERKATAN


Insyaallah, semoga kita diberi kekuatan untuk mengamalkan sunnah Nabi S.A.W.


Ihsan daripada http://kotajanji.blogspot.com